Pengundi awal Thai 'bersesak' mendaftar

Laman web tersebut tergendala kerana terlalu ramai pengundi cuba mengakses pada masa yang sama. - Foto: The Nation
Laman web tersebut tergendala kerana terlalu ramai pengundi cuba mengakses pada masa yang sama. - Foto: The Nation
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Laman untuk pendaftaran pengundian awal 'sesak', semalam selepas sejumlah besar pengundi mahu menggunakan hak mengundi mereka menjelang Pilihan Raya Umum pertama di Thailand pada 24 Mac depan.

Pendaftaran secara atas talian itu dibuka pada tengah malam di laman Jabatan Pentadbiran Awam, namun ia tergendala pada pagi berikutan terlalu ramai pengundi cuba mengakses pada masa yang sama.

Timbalan Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), Nat Laosisavakul berkata, pengundi di luar negara turut terjejas akibat masalah teknikal tersebut.

Kira-kira 1,000 pengundi berjaya mendaftar dan pendaftaran itu juga boleh dibuat menerusi pejabat jabatan atau Kedutaan Thailand sehingga 19 Februari ini.

EC menjangkakan jumlah pengundi boleh mencecah lebih dua juta orang dan kebanyakan pengundi tergesa-gesa mahu mendaftar berikutan sistem pemilihan baharu yang menjanjikan setiap undian akan dikira. - The Nation

Artikel Berkaitan: