Bawa mayat naik motosikal

Mayat wanita itu dibalut dengan kain putih dan mengambil masa selama enam jam sebelum tiba di kuil Buddha paling hampir untuk upacara pengebumian. - Foto: Agensi
Mayat wanita itu dibalut dengan kain putih dan mengambil masa selama enam jam sebelum tiba di kuil Buddha paling hampir untuk upacara pengebumian. - Foto: Agensi
A
A
A

BANGKOK - Ia sememangnya kejadian yang pelik apabila mayat seorang wanita di Thailand terpaksa dibawa dengan menaiki motosikal.

Wanita berusia 70 tahun itu ditemui oleh para petani kerana dipercayai mati lemas ketika bersembunyi di sebuah pondok simpanan pada Selasa lalu.

Menurut petani, mangsa cuba untuk mencuri makanan disimpan mereka, namun terperangkap di bawah papan lantai.

"Berdasarkan pakaiannya, wanita itu dipercayai berasal daripada puak bukit Mlabri. Pondok itu terletak kira-kira 80 kilometer di utara bandar berhampiran puncak gunung yang menjadi perkampungan puak tersebut," ujarnya.

Difahamkan, mereka terpaksa menggunakan motosikal untuk mengangkut mayat wanita terbabit berikutan ketiadaan kereta.

Seorang ahli paramedik mengikat mayat berbalut kain putih tersebut pada tubuhnya.

Kumpulan kakitangan perubatan itu melalui perjalanan selama enam jam sebelum tiba di kuil Buddha paling hampir untuk melakukan upacara pengebumian. - Agensi

Artikel Berkaitan: