Anifah yakin pengundi di Sabah bijak memilih

Anifah bersama isterinya, Siti Rubiah selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut, Beaufort hari ini.
Anifah bersama isterinya, Siti Rubiah selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut, Beaufort hari ini.
A
A
A

BEAUFORT - Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman yakin pengundi-pengundi di Sabah bijak untuk memilih parti dan calon pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Beliau yang juga calon PCS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan turut menghargai peluang yang diberikan kepadanya untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini.

"Saya yakin kepada pengundi. Saya ingat mereka bijak memilih siapa juga calon atau parti, dan saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk bertanding dalam PRN kali ini," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung peratusan PCS menang dalam PRN kali ini.

Anifah berkata demikian ketika ditemui selepas membuang undi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut di sini hari ini.

Anifah membuang undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut, Beaufort hari ini.
Anifah membuang undi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut, Beaufort hari ini.

Beliau hadir membuang undi kira-kira jam 3.50 petang ditemani isterinya, Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung lokasi pengumuman sekiranya calon PCS menang dalam PRN ini, Anifah berkata, beliau belum mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut.

"Belum ada lagi. Kalau ada nanti saya beri tahu," katanya.

Artikel Berkaitan: