Felda Lui Timur dilanda ribut

Keadaan bumbung rumah penduduk yang diterbangkan angin.
Keadaan bumbung rumah penduduk yang diterbangkan angin.
A
A
A

JEMPOL - Lebih 115 kediaman penduduk dan premis perniagaan di Felda Lui Timur di sini terjejas akibat ribut di kawasan Felda itu petang semalam.

Angin kuat menyebabkan kebanyakan atap rumah rosak dan tercabut.

Antara keadaan kediaman penduduk yang rosak
Antara keadaan kediaman penduduk yang rosak

Seorang penduduk Muhammad Taat, 77, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika dia dan keluarga berada di ruang tamu kedua.

"Tiba-tiba kami dengar deruan angin yang kuat. Ruang tamu utama kemudiannya terang dan nampak langit kerana siling runtuh. Mujur saya dan isteri tidak berada di situ," katanya.

Muhammad Taat
Muhammad Taat

Seorang lagi penduduk, Shaharuddin Yusak, 69, berkata, dia melaungkan azan sebaik melihat keadaan berkenaan dan tidak lama selepas itu ribut berhenti namun hujan masih lagi turun.

Katanya, hujan dan ribut menerbangkan atap rumahnya.

Artikel Berkaitan:

"Mula-mula awning (sengkuap hias) di dalam rumah dan lampu jatuh dan air masuk ke dalam rumah. Saya bergegas menutup suis elektrik sebelum menyusup dan berlindung di bawah katil bersama isteri," katanya.

Shaharuddin Yusak
Shaharuddin Yusak

Sementara itu, Pegawai Daerah Jempol, Syahrul Nizam Salleh berkata, kebanyakan bumbung kediaman rosak dan mungkin ada pertambahan selepas pemeriksaan di semua kawasan dan aduan terkini daripada penduduk.

Menurutnya, beberapa agensi termasuk Pejabat Daerah Jempol, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jempol bekerjasama membantu mangsa.

Syahrul Nizam Salleh (kanan) ketika bertemu salah seorang penduduk yang kediamannya terjejas.
Syahrul Nizam Salleh (kanan) ketika bertemu salah seorang penduduk yang kediamannya terjejas.

Dalam pada itu katanya, kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

"Keutamaan akan diberikan kepada kediaman penduduk yang hanya mengalami kerosakan kecil kerana boleh dilakukan segera dan mereka tidak terdedah kepada risiko hujan yang mungkin berlaku selepas ini.

"Bagi rumah yang mengalami kerosakan besar, tindakan awal kami ialah dengan meletakkan kanvas bagi mengelakkan air hujan memasuki kawasan dalam rumah. Pembaikan ambil sedikit masa kerana beberapa barangan perlu ditempah," katanya.

Pokok turut tumbang dalam kejadian semalam.
Pokok turut tumbang dalam kejadian semalam.

Dalam pada itu, menurut Syahrul Nizam, pihak APM akan membantu kerja-kerja pembersihan termasuk mengalihkan pokok yang tumbang khususnya yang berada yang menjejaskan struktur rumah.