Suasana suram, tiada kelibat peraih undi

Tiada peraih undi kelihatan di kawasan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Brunei, Membakut, Beaufort.
Tiada peraih undi kelihatan di kawasan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Brunei, Membakut, Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Aktiviti meraih undi oleh penyokong parti yang pada kebiasaan dilihat meriah pada proses pengundian setiap kali pilihan raya dilihat berbeza kali ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa pusat pengundian mendapati aktiviti itu suram apabila tiada pun kelibat peraih undi untuk mendapat sokongan bagi calon yang bertanding.

Jika sebelum ini, penyokong atau peraih undi bersemangat dengan memaparkan wajah, nombor undi serta bendera calon bertanding.

Antara pusat mengundi yang dilihat suram ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut dan SK Gadong Beaufort.

Selain itu tinjauan di pusat mengundi lain seperti pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias dan SK Takuli.

Hanya beberapa penyokong sahaja kelihatan pada jarak 50 meter dari pusat mengundi seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan kurangnya peraih undi selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat turut menjadi faktor beberapa laluan jalan raya kurang sesak kerana pengundi terpaksa keluar mengikut jadual yang ditetapkan oleh SPR.

Artikel Berkaitan: