X

Kindly register in order to view this article
!

Kes demam denggi Negeri Sembilan meningkat

Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 648 kes.
A
A

SEREMBAN - Situasi semasa kes denggi di Negeri Sembilan sehingga 19 September lalu menunjukkan peningkatan dari minggu sebelumnya iaitu daripada 47 kepada 60 kes.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, ini menjadikan kumulatif kes denggi di negeri itu adalah sebanyak 2,433 dengan lapan kematian.

"Tahun lalu, dalam tempoh yang sama sebanyak 1,737 kes direkodkan, ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 40.1 peratus berdasarkan trend perbandingan kes denggi dalam tempoh tersebut.

"Daerah Seremban kekal menjadi daerah yang mempunyai bilangan kes tertinggi berbanding dengan enam daerah yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan pada minggu semasa.

"Berdasarkan taburan kumulatif kes denggi di negeri ini menunjukkan sebanyak 2,103 kes di daerah Seremban, 77 kes (Port Dickson), 72 kes (Tampin), 63 kes (Rembau), 62 kes (Jempol), 34 kes (Jelebu) dan 22 kes (Kuala Pilah).

"Terdapat 19 lokaliti wabak di mana kesemua lokaliti tersebut terletak di Seremban," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!