Kit Siang terkejut Anwar mahu kerjasama dengan UMNO

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
A
A
A

KENINGAU – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui beliau terkejut dengan pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa telah memperolehi sokongan hampir dua pertiga ahli Parlimen sekali gus untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kenyataan yang dibuat Anwar hari ini (semalam) amat mengejutkan saya dan ramai orang,” kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri pada satu ceramah politik di sini semalam.

Katanya, sejak 14 September lalu, beliau sudah berada di Sabah dan kali terakhir beliau bertemu dengan Anwar ialah sebelum datang ke Sabah untuk membantu kempen calon-calon Warisan.

“Ketika itu Anwar memberikan jaminan kepada saya bahawa beliau tidak akan menghubungi mana-mana pemimpin UMNO seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Anwar juga kata beliau tidak menghubungi mana-mana pemimpin Pas dalam usaha mendapatkan sokongan semula daripada rakyat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Kit Siang mengingatkan Pilihan Raya Negeri Sabah adalah satu peperangan peringkat awal yang akhirnya akan mengubah suasana politik di Malaysia.

“Kini sudah bukan rahsia lagi apabila pemimpin-pemimpin UMNO ingin Parlimen dibubarkan segera kerana mereka yakin apabila bekerjasama dengan Pas, kemenangan akan memihak kepada mereka dan menjadi Perdana Menteri.

“Pemimpin-pemimpin UMNO tidak menghormati langsung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin pula sedar beliau akan menjadi mangsa pertama sekiranya Parlimen dibubarkan kerana selepas itu, tidak ada orang lagi yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

"Dalam Bersatu sendiri malahan ramai lagi pemimpin lain sekarang begitu mengidam mahu menjadi Perdana Menteri,” kata Kit Siang lagi.

Artikel Berkaitan: