Azmin Ali hadir Konvensyen Nasional Amanah, perwakilan beri sorakan

Mohamed Azmin (tengah) beramah mesra dengan Mohamad Sabu dan Mujahid Yusof Rawa ketika menghadiri Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.
Mohamed Azmin (tengah) beramah mesra dengan Mohamad Sabu dan Mujahid Yusof Rawa ketika menghadiri Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kehadiran Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) menarik perhatian perwakilan parti itu pada Sabtu.

Mohamed Azmin yang mengenakan baju berwarna biru dilihat hadir ke Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini dan beramah mesra dengan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Kehadiran beliau turut disambut tepukan dan sorakan perwakilan sebaik namanya diumumkan oleh Setiausaha Agung Amanah merangkap Pengarah Konvensyen Nasional 2026, Muhammad Faiz Fadzil.

Kehadiran Mohamed Azmin itu mencuri perhatian susulan perkembangan hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.

Hadir sama, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun.

Konvensyen yang berlangsung selama dua hari itu disempurnakan Mohamad Sabu.

Sebelum itu, beliau menyampaikan pidato Presiden sebelum merasmikan konvensyen berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!