X

Kindly register in order to view this article
!

Ahmad Maslan tarik balik rayuan

Ahmad Maslan
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menarik balik rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonannya untuk menggugurkan tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam, Atiqa Nazihah Azmi yang mewakili Ahmad berkata, pihaknya memohon untuk menarik balik rayuan dan notis penarikan itu telah difailkan pada 3 Ogos lalu.

“Saya percaya pihak responden tiada bantahan bagi permohonan ini,” katanya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima notis berkenaan.

“Pihak kami tiada bantahan atas permohonan tersebut,” katanya.

Ketika ditemui di luar mahkamah Atiqa berkata, pihaknya telah membuat semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Aslam Zainuddin dan perkara itu sudah selesai dan dilupuskan.

Maka disebabkan perkara tersebut, beliau berkata, pihaknya memutuskan untuk menarik balik rayuan.

Pada 14 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Datuk Seri Ahmad Maslan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan beliau dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah.

Aslam membuat keputusan itu selepas mendapati tiada kesilapan oleh Mahkamah Sesyen dalam menolak permohonan Ahli Parlimen Pontian itu untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.

Pada 21 Januari lalu, Ahmad, 54, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib pada 2013 kepada LHDN, dan memberi penyataan palsu kepada SPRM, tahun lalu.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu didakwa menerima wang itu daripada Najib, yang dipercayai sebagai hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad pada hari yang sama.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!