X

Kindly register in order to view this article
!

Keputusan PRN Sabah penentu pembubaran Parlimen, kata Kit Siang

Lim Kit Siang
A
A

SHAH ALAM - Keputusan bila Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan ditentukan setelah keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diketahui Sabtu ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, notis sidang Dewan Rakyat untuk membahaskan Belanjawan Negara selama 27 hari akan bermula dari 2 November hingga 15 Disember 2020 telah dikeluarkan.

“Adakah sidang Parlimen kali ini akan berlangsung atau Parlimen akan dibubarkan sebelum atau selepas sidang Belanjawan?

“Persoalan akan dijawab selepas Sabtu ini bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Umum (Negeri) Sabah pada 26 September ini,” kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya pagi ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dalam keadaan keliru sama ada beliau masih lagi Perdana Menteri atau tidak.

Menurutnya, Muhyiddin ketika berada di Kota Kinabalu malam tadi, berkata “sebahagian daripada tuan puan mungkin mahu bertanya, adakah saya berdiri di sini sebagai Perdana Menteri.”

“Dia yakinkan orang ramai bahawa dia masih Perdana Menteri walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar tengah hari semalam mengumumkan beliau mempunyai bilangan yang cukup untuk menggantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Tiba-tiba, Malaysia ada dua Perdana Menteri dalam satu masa, Perdana Menteri dalam pejabat, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Perdana Menteri menunggu, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa, sokongan ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.

Menurutnya, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi Selasa, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Semua parti dalam Kerajaan PN sangkal kenyataan Anwar

Istana Negara sahkan pertemuan Agong dengan Anwar ditangguhkan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!