Istana Negara sahkan pertemuan Agong dengan Anwar ditangguhkan

Istana Negara
Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Istana Negara mengesahkan bahawa majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung semalam telah ditangguhkan.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, majlis itu diadakan telah ditangguhkan ekoran kegeringan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Ketika ini, Yang di-Pertuan Agong akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan para pakar perubatan di Institut Jantung Negara.

"Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, para jemaah Menteri Kabinet dan individu-individu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

"Yang di-Pertuan Agong bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama semoga kita dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT," katanya.

Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Tuanku berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran yang berpanjangan.

Artikel Berkaitan: