X

Kindly register in order to view this article
!

BPN 2.0 bukti kerajaan prihatin nasib rakyat

Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban hidup rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan memperuntukkan RM7 bilion untuk membantu golongan berpendapatan rendah berhadapan kelembapan ekonomi akibat ancaman pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, bantuan RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah yang berada dalam kumpulan B40; RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang merupakan satu skim bantuan yang agak menyeluruh dan mengambil kira pelbagai aspek keperluan rakyat.

"Mungkin ada yang memandang sinis, namun ini adalah usaha kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan juga menjana kitaran ekonomi negara," katanya melalui kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Wan Rosdy berkata, diharapkan melalui BPN 2.0 itu akan memberi sedikit kelegaan kepada rakyat berpendapatan rendah dalam berhadapan cabaran hidup hari ini.

"Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

"Insya-ALLAH, sama-sama kita bangunkan kembali ekonomi negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!