Helikopter bawa Shafie terpaksa mendarat cemas

Shafie bergambar bersama guru dan murid SMK Tamparuli yang menyambut ketibaannya.
Shafie bergambar bersama guru dan murid SMK Tamparuli yang menyambut ketibaannya.
A
A
A

KOTA KINABALU - Helikopter yang membawa Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama rombongan terpaksa mendarat cemas akibat cuaca buruk.

Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Ranau bagi menghadiri satu siri jelajah kempen di daerah itu.

“Petang tadi dalam perjalanan ke Ranau, helikopter yang saya naiki terpaksa membuat pendaratan cemas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli akibat cuaca buruk.

“Saya meminta maaf kerana datang dalam keadaan yang tidak tersedia. Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang sudi luangkan masa dan berikan layanan cukup baik kepada saya dan krew helikopter,” katanya dalam satu hantaran Facebook malam ini.

Mohd Shafie turut berkata, agar beliau dapat berkesempatan untuk datang lagi ke sekolah berkenaan pada masa akan datang.

Pada majlis siri jelajah di Ranau, Mohd Shafie turut memohon maaf kepada penyokong Warisan Plus kerana lambat menghadiri majlis itu berikutan terpaksa membuat pendaratan cemas.

“Saya mohon maaf kerana terlambat kerana pagi tadi saya pergi ke beberapa kawasan berkempen, tadi mahu mendarat tidak dapat lepas tu mendarat emergency di Tamparuli, tunggu kereta barulah sampai ke sini,” katanya.

Artikel Berkaitan: