Anwar perlu buktikan majoriti dimilikinya di Parlimen

Anwar Ibrahim, Rais Yatim
Anwar Ibrahim, Rais Yatim
A
A
A

SHAH ALAM - Pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung majoriti sokongan ahli Parlimen yang dimilikinya bagi membentuk kerajaan dilihat terbuka untuk dipertikaikan kesahihannya.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sebaliknya berkata, cara terbaik ialah Anwar perlu mengemukakan atau membuktikan majoriti yang dimilikinya itu di Parlimen.

"Anwar sepatutnya mengemukakan sokongan tersebut di Parlimen sebagai satu pembuktian terbaik dan bukannya menerusi akuan sumpah (SD) yang terbuka untuk dipertikaikan kesahihannya," katanya di Twitternya hari ini.

Rais berkata, krisis Perlembagaan Sarawak 1966 di mana seramai 21 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu mengisytiharkan bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Amar Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri merupakan contoh terbaik bagi menentukan sama benar mempunyai sokongan atau sebaliknya.

"Kes Ningkan pada 1966 merupakan kayu ukur atau contoh terbaik dalam menentukan soal sokongan atau tidak menyokong," katanya.

Berdasarkan kes tersebut, seramai 21 ADUN Sarawak menulis memorandum kepada Gabenor Sarawak menyatakan bahawa mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan ketua menteri.

"Gabenor pada ketika itu, Tun Abang Haji Openg Abang Sapiee kemudiannya mengarahkan Amar Stephen meletakkan jawatan daripada kedudukan tersebut.

"Bagaimanapun, Amar Stephan menolak untuk berbuat demikian yang akhirnya membawa kepada Gabenor mengisytiharkan bahawa beliau telah dipecat daripada jawatan berkenaan dan melantik Datuk Seri Tawi Sli sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hari ini, Anwar mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu, malah Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan bahawa majoriti yang diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Anwar juga memberi jaminan bahawa beliau mempunyai 'dokumen tetap yang tidak boleh diragui' bagi membuktikan beliau kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

'Anwar mampu bentuk kerajaan stabil'

Anwar ulangi sandiwara bulan September, kata Asyraf Wajdi

Tindakan Anwar dilihat sabotaj ekonomi negara

Episod baharu yang sengaja direka: Tun M