Episod baharu yang sengaja direka: Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendakwa mendapat majoriti cukup kukuh ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Dr Mahathir berkata, Anwar yang merupakan bekas timbalannya pernah membuat kenyataan sama pada 2008.

"Ini bukan pertama kali beliau (Anwar) mendakwa kononnya mendapat sokongan majoriti dan membuat pengumuman penting.

"Situasi sama pernah berlaku pada September 2008," katanya seperti dilaporkan portal berita The Edge Singapore hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson yang mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ia adalah episod baharu yang sengaja direka.

"Kita harus tunggu dan lihat untuk melihat apakah ini episod lain selepas gagal membuktikan dakwaannya sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan: