X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Flat Tongkang Yard ditutup

Anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal pintu masuk ke Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, Alor Setar hari ini bermula jam 6 pagi tadi. -Foto Ihsan IPD KOTA SETAR
A
A

ALOR SETAR - Flat Tongkang Yard, Seberang Perak di sini ditutup untuk proses saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula jam 6 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Mohd Redzuan Salleh berkata, langkah menutup kawasan tersebut bertujuan untuk mengekang penularan Covid-19 ke kawasan lain di daerah ini.

Beliau berkata, polis menasihatkan semua penduduk di daerah ini supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Ekoran peningkatan kes Covid-19 di daerah Kota Setar, flat Tongkang Yard ditutup untuk proses saringan oleh pihak KKM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, seramai 235 orang penghuni di Rumah Pangsa Tongkang Yard akan disaring.

Sementara itu, seorang penduduk di flat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani berkata, dia menyambut baik penguatkuasaan tersebut dalam membendung penularan Covid-19.

"Beberapa penghuni di kawasan ini didapati positif Covid-19. Tindakan pantas pihak berkuasa dan KKM mengehadkan pergerakan penghuni adalah langkah terbaik," katanya.

Semalam KKM melaporkan 10 kes baharu Covid-19 di Kedah membabitkan sembilan Kluster Sungai dan satu kes hasil saringan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!