Peniaga roti canai jual air ketum ditahan

Sebanyak 120 bungkusan cecair disyaki air ketum ditemui dalam tong ais warna oren di sebuah rumah di Taman Perak, Kulim semalam.
Sebanyak 120 bungkusan cecair disyaki air ketum ditemui dalam tong ais warna oren di sebuah rumah di Taman Perak, Kulim semalam.
A
A
A

KULIM - Tidak cukup dengan hanya menjual roti canai, seorang peniaga roti canai ditahan kerana turut disyaki mengedar air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perak di sini kira-kira 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, dalam serbuan tersebut, sebanyak 120 bungkus plastik lut sinar berisi cecair disyaki air ketum anggaran isipadu sebanyak 34 liter ditemui dalam tong ais berwarna oren di ruang dapur rumah terbabit.

"Kita juga menjumpai sekeping duit kertas bernilai RM50 dalam genggaman tangan kanan lelaki berusia 45 tahun itu.

"Siasatan awal mendapati, peniaga roti canai itu mengaku telah menjalankan aktiviti penjualan air ketum kepada pelanggan di sekitar kawasan tempat tinggal tersebut," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Dalam masa sama, beliau memohon agar masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan pengedaran ketum atau dadah khususnya sekitar daerah Kulim.

"Tindakan tegas secara berterusan akan terus dipergiatkan bagi memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: