X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut dalam kebakaran

Seorang lelaki maut dalam kebakaran di sebuah kedai dua tingkat di Jalan Melawati 4, Taman Melawati, Johor Bahru, hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai Jalan Melawati 4, Taman Melawati di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.04 petang, Pan Cheng Bin, 29, dipercayai tidak dapat melarikan diri ketika berada di tingkat atas kedai itu.

Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dikejarkan ke tempat kejadian dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Ketua Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, kebakaran melibatkan perkakasan yang berada dalam bilik dan di ruang tamu serta tidak melibatkan struktur bangunan.

"Kebakaran dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian. Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa yang ditemui mati dan melecur separuh badan dalam bilik tersebut.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut selesai pada jam 8.46 malam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!