X

Kindly register in order to view this article
!

TFC II akur gagal bergelar juara Liga Premier musim ini

Roshadi Wahab
A
A

KUALA TERENGGANU - Jurulatih Terengganu FC ll (TFC ll), Roshadi Wahab mengakui terpaksa melupakan impian untuk merangkul gelaran juara Liga Premier musim ini, apabila sekadar seri 2-2 dengan UKM FC dalam perlawanan di laman sendiri malam tadi.

Pada pertembungan tersebut, TFC ll yang selesa mendahului skuad The Varsity Boys 2-0 pada separuh masa pertama, terpaksa berpuas hati dengan kutipan satu mata selepas wisel tamat perlawanan dibunyikan, berpunca daripada kelekaan serta kesilapan mudah dilakukan pemain.

“Impian juara liga (Premier) sudah tertutup buat kita. Tetapi sasaran kita pada masa ini adalah untuk mengatasi empat kelab yang lain.

“Kita masih lagi di hadapan dan kita yakin boleh mengatasi kelab lain iaitu Johor Darul Takzim ll (JDT ll), Selangor 2 dan Perak 2,” katanya selepas perlawanan menentang UKM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Pada masa ini, TFC ll menghuni tangga keempat Liga Premier, selepas pasukan Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan JDT ll dengan kutipan 13 mata.

Sementara itu pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin, yang sudah 12 musim bersama pasukan itu nyata berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya pada perlawanan malam tadi.

Walaupun sekadar seri, keputusan itu sudah cukup menggembirakan pemain kerana berjaya melebur rekod perlawanan tanpa kalah yang dilakar TFC ll ke atas UKM FC, dalam tempoh tiga musim.

“Walaupun satu mata kita gembira kerana pada saat ini setiap mata adalah sangat berharga.

“Paling penting sasaran kami untuk ke Liga Super tahun depan dapat dicapai, walau dalam apa jua cara,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!