Pemimpin UMNO positif Covid-19 selepas berkempen di Sabah

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang.
Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang, Sabah.

Menurut laporan media tempatan, sumber berkata, pemimpin tersebut merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital.

“Setakat ini keadaan masih terkawal dan beliau telah dimasukkan ke hospital untuk dikuarantin dan mendapatkan rawatan,” katanya ringkas.

Katanya, semua kontak rapat pemimpin UMNO itu juga telah diminta untuk melakukan ujian swab bagi mendapatkan keputusan dan mengelakkan penularan virus itu.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiada laporan rasmi yang diterima setakat ini.

Beliau menegaskan, jika ia benar dan didapati positif, individu itu perlu dikuarantin di Sabah sehingga pulih sepenuhnya.

“Saya belum dapat laporan lagi mengenai hal itu. Jika ada, perlu dirawat sehingga pulih sebelum pulang ke semenanjung.

“Sebab itu saya sentiasa pesan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ismail Sabri turut menegaskan Jawatan Kuasa Kabinet akan membincangkan isu keselamatan dan kesihatan di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Selasa ini.