Bung sokong individu positif Covid-19 tidak dibenarkan mengundi

Bung Moktar bersama ahli BN ketika melawat PDM Gelam-Gelam Utara Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, hari ini.
Bung Moktar bersama ahli BN ketika melawat PDM Gelam-Gelam Utara Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, hari ini.
A
A
A

SEMPORNA - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu individu positif Covid-19 tidak dibenarkan keluar mengundi pada 26 September nanti.

Bung berkata, mereka dikhuatiri menjangkiti pengundi lain yang hadir ke pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

"Bagaimanapun saya menyokong jika mereka yang dikuarantin dan belum menerima keputusan positif dibenarkan mengundi di bilik khas," katanya ketika ditemui pada lawatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gelam-Gelam Utara Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan di sini hari ini.

Bung Moktar berucap ketika melawat PDM Gelam-Gelam Utara Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, hari ini.
Bung Moktar berucap ketika melawat PDM Gelam-Gelam Utara Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, hari ini.

Isu itu timbul selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan pengundi yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan mengundi.

Terdahulu dalam lawatan berkenaan, Bung yakin calon BN Sulabayan Manan Indanan mampu menewaskan calon Warisan dan parti lain yang bertanding dikawasan berkenaan.

Semalam, Ismail Sabri ketika mengadakan perjumpaan bersama jentera BN di DUN Lamag Kinabatangan menyatakan bahawa pesakit Covid-19 yang positif dan sedang dirawat tidak dibenarkan keluar mengundi kerana bimbang membahayakan pengundi lain.

"Saya percaya kalau orang positif di hospital keluar mengundi, tiada siapa yang berani keluar mengundi selepas Itu," katanya.

Artikel Berkaitan: