X

Kindly register in order to view this article
!

Kekalahan Selangor mungkin salah saya, kata Sathianathan

Pemain JDT, Safawi Rasid mengawal bola walaupun diasak pertahanan Selangor pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Foto FB JST
A
A

KETUA Jurulatih Selangor, B Sathianathan menyifatkan mungkin dirinya patut dipersalahkan atas kekalahan 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Menurut Sathianathan, tindakannya meletakkan pemain yang 'salah' mungkin antara faktor menyebabkan kekalahan besar The Red Giants musim ini.

"Mungkin saya patut dipersalahkan kerana meletakkan 'orang' (pemain) yang salah.

"Selain itu tiga gol terhasil dengan begitu pantas sehinggakan kesebelasan pemain Selangor tidak dapat berbuat apa-apa," katanya sejurus tamat perlawanan itu.

Pada perlawanan itu, pemain tuan rumah, Safawi Rasid terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-45 sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49.

Dua bintang import skuad Harimau Selatan, Diogo Santo dan Gonzalo Cabrera kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-64 dan 67 manakala pemain gantian, Ramadhan Saifullah Usman meledak dua gol pada minit ke-72 dan 75.

Selangor akhirnya berjaya merobek gawang JDT apabila pemain gantian Selangor, Rufino Segovia menjaringkan gol sagu hati Merah Kuning.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor kini berada pada kedudukan kelapan dengan 10 mata hasil dua kemenangan seri empat kali dan tewas dua kali daripada lapan perlawanan.

Sementara JDT terus gah di puncak liga dengan 22 mata hasil tujuh kemenangan dan seri sekali daripada lapan perlawanan.

Dalam pada itu, Sathianathan menyifatkan dua gol awal JDT yang terhasil pada penghujung babak pertama dan pada awal babak kedua sebagai titik perubahan yang menyumbang kepada kekalahan skuad kendaliannya itu kali ini.

Katanya, kedua-dua gol berkenaan nyata mematikan rentak permainan Selangor pada perlawanan berkenaan.

"Kesemua gol bagi saya adalah gol-gol mudah, sepakan percuma, sepakan penalti dan juga gol dari sudut yang mustahil oleh Diogo (Santo)," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!