Malaysia sertai Covax, dapatkan vaksin Covid-19

Kerajaan Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin koronavirus (Covid-19) vaccine global access (Covax) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin Covid-19 yang diperlukan, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Kerajaan Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin koronavirus (Covid-19) vaccine global access (Covax) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin Covid-19 yang diperlukan, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin koronavirus (Covid-19) vaccine global access (Covax) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin Covid-19 yang diperlukan, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dalam kenyataan hari ini MOSTI berkata, kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia itu dengan pakatan The Global Alliance for Vaccine and Immunisation (Gavi) yang mengendalikan Covax.

Menurutnya, kerajaan Malaysia juga sedang menyediakan perjanjian bagi menyertai Coalition for Epidemic and Preparedness Innovations (CEPI) serta perjanjian government to government (G2G) bersama kerajaan China untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal di negara itu.

Pada masa yang sama katanya kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan Malaysia, juga telah menandatangani ‘non-disclosure agreement’ dengan beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa yang sedang menguji vaksin Covid-19 di peringkat fasa ketiga untuk berunding mengenai bekalan vaksin yang bakal mendapat kelulusan.

Katanya, pendekatan Malaysia dengan menyertai Covax, menjalinkan kerjasama strategik dengan negara lain dan berunding terus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal akan memastikan Malaysia mendapat bekalan vaksin yang mencukupi dan pada kadar yang segera dengan harga yang berpatutan apabila vaksin itu terbukti selamat serta berkesan.

MOSTI berkata, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyelaraskan perjanjian berkenaan bagi pihak kerajaan Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: