Denda RM1,000 jika lakukan aktiviti berbasikal di lebuh raya

Poster larangan berbasikal di lebuh raya yang dimuat naik di laman Facebook dan Instagram PDRM.
Poster larangan berbasikal di lebuh raya yang dimuat naik di laman Facebook dan Instagram PDRM.
A
A
A

SHAH ALAM - Aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang dan mana-mana individu yang ingkar melakukan aktiviti itu boleh dikenakan denda hingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi status yang dimuat naik di Facebook pasukan itu semalam memaklumkan tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi satu hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia. Namun anda dinasihatkan supaya mematuhi arahan larangan berbasikal di lebuh raya.

"Sekiranya anda ingkar larangan tersebut, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu.

"Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.

Menerusi muat naik di laman Facebook berkenaan, ia telah mendapat lebih 1,000 komen daripada netizen, selain meraih lebih 4,000 tanda suka dan hampir 2,000 perkongsian.

#SembangTrafik INGKAR LARANGAN BERBASIKAL DI LEBUH RAYA, PENUNGGANG BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM1,000 Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi satu hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia. Namun anda dinasihatkan supaya mematuhi arahan larangan berbasikal di lebuh raya. Sekiranya anda ingkar larangan tersebut, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu. Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya. #SembangTrafikPDRM #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #17092020

A post shared by Polis Diraja Malaysia (@pdrmsia_official) on Sep 17, 2020 at 1:35am PDT

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, kesalahan itu ada dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Di semua plaza tol ada papan tanda yang memaklumkan larangan berkenaan. Dari segi penguatkuasaan, juga ada peruntukan undang-undang khusus mengenai perkara itu iaitu Seksyen 79(2) akta sama kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

"Adalah amat penting soal keselamatan semua pengguna lebuh raya diberi keutamaan," katanya.

Azizman turut menasihatkan orang ramai bahawa lebuh raya dan jalan yang sibuk bukanlah tempat sesuai untuk beriadah.

"Langkah yang bijak, pilihlah laluan di lokasi sesuai bagi mengelakkan insiden tidak diingini," katanya.