Bayi 16 hari ditemui di tepi tong sampah

Gambar yang tular memaparkan penemuan bayi di Jalan Mahmoodiah semalam.
Gambar yang tular memaparkan penemuan bayi di Jalan Mahmoodiah semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemui orang awam di tepi tong sampah di hentian bas Jalan Mahmoodiah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bayi berusia 16 hari itu ditemui dalam keadaan berbalut kain lampin oleh seorang lelaki yang melalui jalan itu kira-kira jam 6.15 petang.

"Bayi tersebut dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan kain napkin dan di sebelahnya terdapat botol susu, namun tiada sebarang dokumen diri ditemui.

"Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)", katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang membuang bayi terbabit masih belum dikenal pasti.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar bayi yang dijumpai di perhentian bas berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmood.

Artikel Berkaitan: