Rakuten saran 'beli' saham AppAsia

Kenny Yee
Kenny Yee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakuten Trade Research menyarankan untuk ‘beli’ saham platform digital AppAsia Berhad dengan sasaran harga (TP) ditingkatkan kepada RM1.18 daripada RM0.73.

AppAsia merupakan platform digital pembangun eConfirm.my yang merupakan platform pengesahan bank elektronik pertama dan satu-satunya di Malaysia.

Setakat ini, platform berkenaan telah mengumpulkan sebanyak 13 institusi perbankan dan lebih 400 firma audit di Malaysia yang meliputi hampir 80 peratus pasaran.

Platform berkenaan ditubuhkan menerusi perjanjian kerjasama dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) selama 12 tahun sehingga 2030, berdasarkan model hasil asas pembayaran bagi setiap transaksi dengan RM15 bagi setiap pengesahan berjaya.

Ketua Analisis Rakuten Trade, Kenny Yee Shen Pin berkata, pihaknya kekalkan prospek pertumbuhan tahunan positif terhadap AppAsia berdasarkan pendapatan daripada platformnya, eConfirm.my dan kolaborasi dengan anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) baru-baru ini.

Katanya, pemangkin pertumbuhan seterusnya adalah menerusi perjanjian kerjasama dengan anak syarikat TM untuk mengubah buku 'Yellow Pages Business Directory' ke dalam pasaran komuniti perniagaan digital.

“Ia mempunyai model perkongsian hasil dengan TM di mana kami percaya merupakan langkah strategik yang membantu pertumbuhan akan datang. Yellow Pages merupakan direktori perniagaan terkemuka di Malaysia dengan pencarian dalam talian sebanyak 500,000 entiti perniagaan,” kata beliau dalam sebuah nota analisis hari ini.

Pelaburan Mara adalah pemegang saham institusi terbesar di dalam AppAsia menerusi pegangan saham sebanyak 21.29 juta atau 6.06 peratus.

Artikel Berkaitan: