X

Kindly register in order to view this article
!

Wasiyyah tawar peluang keusahawanan

Gambar kiri: AriffinSabirin
A
A

KUALA LUMPUR - Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah terbesar dan peneraju di Malaysia mengumumkan tawaran khas kepada orang ramai yang ingin menyertainya sebagai perunding dalam usaha membantu rakyat Malaysia merancang harta mengikut kaedah syariah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, berbeza dengan pengalaman yang dilalui sektor perkhidmatan lain selepas dilanda pandemik Covid-19, permintaan untuk 35 perkhidmatan perancangan harta Wasiyyah Shoppe meningkat secara mendadak dan ini menyebabkan usaha agresif perlu dijalankan bagi melatih lebih ramai perunding profesional untuk memenuhi permintaan masyarakat.

"Bagi tempoh di antara 16 September sehingga 31 Disember 2020, Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan 50 peratus diskaun fi pendaftaran bagi masyarakat yang berminat untuk menceburi peluang keusahawan unik ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ariffin, peluang keusahawan ini sangat sesuai untuk individu yang bergiat di dalam industri perancangan kewangan dan penghartaan seperti perunding takaful dan insurans, perunding saham amanah, perunding pelaburan dan perunding hartanah.

Katanya, ini kerana perkhidmatan perancangan harta Wasiyyah Shoppe melengkapkan tawaran perkhidmatan pelaburan dan perlindungan yang ditawarkan mereka.

"Sungguhpun begitu, Wasiyyah Shoppe membuka juga peluang ini kepada sesiapa sahaja individu yang berminat," katanya.

Sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya pula, katanya, Wasiyyah Shoppe memperuntukkan subsidi sebanyak RM300,000 bagi melatih 100 individu yang kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi bagi memulakan kerjaya di dalam bidang ini.

"Golongan ini boleh memohon kepada Wasiyyah Shoppe untuk melalui proses pemilihan. Perunding Wasiyyah Shoppe akan dilatih supaya mempunyai pengetahuan tinggi di dalam bidang perancangan harta seperti wasiat, hibah, harta sepencarian dan amanah serta proses tuntutan harta pusaka berkaitan di Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Menurutnya lagi, perunding Wasiyyah Shoppe juga berkelebihan untuk belajar terus daripada pakar-pakar undang-undang syariah dan sivil terkemuka di Malaysia yang terdiri daripada panel syariahnya dan jemputan pakar-pakar undang-undang melalui sesi yang kerap dianjurkan Wasiyyah Shoppe sepanjang tahun.

“Kami tidak semata-mata menekankan aspek jualan dan pendapatan sahaja, malah lebih penting lagi melalui modul yang telah dibangun dan diperkukuh sepanjang 16 tahun operasi, kami melatih perunding aspek amanah ilmu iaitu menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat kerana kita akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat atas segala tindakan kita,” kata Ariffin.

Melalui Dasar Keusahawanan Perunding ( DKP ) 2025 yang baru dilancarkan, perunding Wasiyyah Shoppe Berhad akan dibentuk menjadi profesional Muslim yang bekerja dengan nawaitu yang tepat, skil dan ilmu yang mantap, dihormati masyarakat, berpendapatan lumayan.

Namun apa yang lebih penting kata Ariffin, perunding Wasiyyah Shoppe akan dibentuk sebagai dai’e yang beretika dan bermoral dalam menjalankan perniagaan ini.

“Sebagai syarikat amanah berdaftar, Wasiyyah Shoppe mempunyai kelebihan di dalam aspek pembinaan kerjaya perunding kerana dengan standard tadbir urus korporat setaraf syarikat senaraian awam, pengurusan yang terdiri dari profesional berkelayakan, kuasa undang-undang yang jelas di bawah Akta Pemegang Amanah 1949, perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya serta unsur kelangsungan perniagaan, perunding boleh yakin bahawa kerjaya mereka akan bertahan lama dan pelanggan mereka akan diberi perkhidmatan berterusan yang terbaik,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!