Sabah perlukan kerajaan yang boleh bantu rakyat

Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan para penyokong Perikatan Nasional pada majlis ramah mesra di Padang Pekan Kota Marudu hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan para penyokong Perikatan Nasional pada majlis ramah mesra di Padang Pekan Kota Marudu hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA MARUDU - Sabah perlukan sebuah kerajaan yang boleh bergerak membantu meringankan beban rakyat yang kini terkesan dengan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat Sabah perlu memilih kerajaan yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) yang sudah terbukti berkeupayaan membantu rakyat semasa negara berdepan dengan masalah akibat penularan Covid-19.

"Ekonomi Sabah perlu cepat dipulihkan. Saya tidak mengatakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak bagi apa-apa namun ia tidak cukup kerana tiada kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan calon PN bagi kerusi Bandau Datuk Wetrom Bahanda.

Rakyat Sabah akan mengundi pada 26 September ini manakala pengundian awal pada 22 September.

Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata, jangan ada mana-mana pihak cuba memperlekehkan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kerana ia sangat diperlukan rakyat.

"Jangan cakap saya menjajah Sabah...ada juga cakap kononnya saya tidak buat apa-apa. Saya baru tujuh bulan memerintah dan kerajaan PN terbukti adalah kerajaan berkesan dan ‘functional’ (menjalankan fungsi dan peranan). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengiktiraf Malaysia antara terbaik menangani penularan Covid-19.

"Walaupun singkat, kerajaan PN mempunyai banyak pengalaman dan mampu menjalankan tugas yang mencabar (dalam menghadapi pandemik itu) yang belum pernah berlaku di dunia sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang kerana saya bukan Tuhan, namun saya berjanji akan berusaha membantu memulihkan ekonomi rakyat dan negara," katanya.

Justeru, beliau berkata penyokong dan jentera parti PN perlu bersama-sama membantu menerangkan kepada rakyat tentang apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menangani masalah Covid-19.