X

Kindly register in order to view this article
!

UKM FC optimis selesai dua minggu lagi

UKM FC antara pasukan yang mewarnai saingan Liga-M musim ini.
A
A

UKM FC memberi jaminan bahawa proses penswastaan kelab Liga Premier itu dapat diselesaikan sebelum 30 September ini.

Menurut Setiausaha Kehormat UKM FC, Mohd Fairus Shafie, Exco UKM FC sudah pun meluluskan pelan penswastaan The Varsity Boys.

“Setakat hari ini UKM FC sudah berada pada tahap 70 peratus penyelesaian proses penswastaan manakala selebihnya mampu diselesaikan dalam seminggu dua ini.

“Exco UKM FC pun sudah memberi lampu hijau kepada pelan penswastaan yang menggunakan modul kedua iaitu 50/50 peratus daripada tiga modul dicadangkan oleh FAM sebelum ini.

“Sekarang UKM FC hanya tinggal untuk proses pendaftaran syarikat lepas itu check dengan MyIPO berkaitan logo dan sebagainya. Jadi selepas ini pengurusan UKM FC perlu all out dalam usaha mencari dana mengoperasikan kelab,” katanya kepada Sinar Harian.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengingatkan pasukan dan kelab Liga Malaysia (Liga-M) supaya menyelesaikan segera proses penswastaan kelab merangkumi pemisahan dari Persatuan Bola Sepak (FA) ke Kelab Bola Sepak (FC) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Mengenai cabaran mencari dana, Mohd Fairus menegaskan UKM FC sentiasa berusaha mencari peruntukan tanpa mengharapkan bantuan universiti.

“Di pihak universiti pun kami tidak berdepan masalah kerana universiti sememangnya menggalakkan kami berdiri atas kaki sendiri. Lagi pun bermula musim 2020, universiti tidak lagi memberikan bantuan kewangan kepada UKM FC,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!