X

Kindly register in order to view this article
!

17,751 warga PDRM bakal jalani ujian HPV kanser rahim

Asmawati (kiri) ketika menghadiri program Frontliner Uniting Againts Cervical Cancer di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 17,751 pegawai dan anggota serta kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalani ujian saringan Virus Papiloma Manusia (HPV) kanser rahim menggunakan kaedah baharu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad berkata, mereka dipilih dalam kalangan B40 dari seluruh negara.

Beliau berkata, ujian saringan menggunakan kaedah baharu itu hanya mengambil masa 10 minit untuk mengetahui keputusannya.

"Kit saringan HPV itu berharga RM250 hingga RM300 untuk seorang tetapi PDRM menerima sumbangan tajaan daripada Etiqa Cares menerusi program anjuran Rose Foundation dan PDRM," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program Frontliner Uniting Againts Cervical Cancer di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Asmawati berkata, berdasarkan statistik seramai 10 orang pegawai dan anggota wanita PDRM dikesan menghidap kanser rahim tahun lalu dan tahun ini manakala tiga daripada mereka meninggal dunia.

Beliau berkata, kesibukan sebagai barisan hadapan menjaga urusan harian dan rumah tangga menyebabkan mereka tidak berkesempatan melaksanakan pengurusan kesihatan selain perasaan malu dan takut untuk menjalani ujian.

"Melalui sumbangan kit ujian saringan secara percuma mensasarkan kategori umur 30 tahun hingga 65 tahun melibatkan kontinjen di 13 negeri.

"Program ini sudah dimulakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan. Kali ini seramai 500 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM akan terlibat dalam ujian saringan di ibu negara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!