Palestin kaji hubungan dengan Liga Arab

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menandatangani persetujuan bersama Menteri Luar UAE, Abdullah Zayed al-Nahyan dan Menteri Luar Bahrain, Abdullatif al-Zayani sambil disaksikan Presiden Donald Trump di Rumah Putih. - Foto AFP

A
A
A

RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh akan mengkaji hubungan strategik dengan 22 negara anggota Liga Arab selepas mereka 'merestui' hubungan Emiriah Arab Bersatu (UAE)-Bahrain dengan Israel.

Katanya, kegagalan Liga Arab mengutuk tindakan Dubai dan Manama dilihat melanggar persetujuan sejak berdekad lalu iaitu perjanjian damai Israel-Palestin yang menjadi prasyarat untuk menormalkan hubungan.

"Liga Arab telah menjadi simbol kelemahan Arab. Perjanjian memalukan ini sebenarnya membunuh rundingan damai Arab-Israel," katanya.

Sejak bertahun lamanya, Israel dan AS menekan negara Teluk supaya menjalinkan hubungan dengan rejim itu, terutamanya susulan permusuhan mereka terhadap Iran.

Sebelum ini, Israel menandatangani perjanjian damai dengan dua negara Arab, iaitu Mesir serta Jordan masing-masing pada 1979 dan 1994. - Agensi

Artikel Berkaitan: