Idemitsu penaja rasmi STL 2020

Pengarah Urusan Idemitsu, Shin Obata (kiri) dan Timbalan Pengurus Besar Idemitsu, Mok Che Kong (kanan) bergambar bersama wakil pasukan ATM Guardians.
Pengarah Urusan Idemitsu, Shin Obata (kiri) dan Timbalan Pengurus Besar Idemitsu, Mok Che Kong (kanan) bergambar bersama wakil pasukan ATM Guardians.
A
A
A

SYARIKAT pengeluar minyak enjin terbesar dan terkenal dari Jepun, Idemitsu buat pertama kali tampil sebagai penaja rasmi minyak pelincir Liga Sepak Takraw (STL) 2020.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay menganggap penajaan dan inisiatif Idemitsu untuk bersama-sama menaikkan lagi mutu sukan sepak takraw merancakkan lagi industri sukan tanah air.

“Kami berbesar hati mengumumkan penajaan dan koloborasi bersama syarikat Idemitsu Lube Malaysia yang pertama kali memilih sukan sepak takraw untuk tajaan mereka selain sukan permotoran sebelum ini.

“Ini adalah pengiktirafan buat kami atas sokongan dan komitmen yang diberikan. Diharapkan lebih banyak badan-badan korporat tampil memberi sokongan dalam perkembangan dan kemajuan sukan tradisi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Idemitsu Lube Malaysia, Shin Obata percaya dengan potensi STL dan sukan sepak takraw yang semakin mendapat tempat dihati peminat bukan hanya di Asia Tenggara, malah sehingga peringkat global.

“Kami gembira dengan komitmen bersama STL dalam usaha mempromosikan lagi sukan ini dan berharap dapat memperkukuhkan lagi jenama kami dalam pasaran tempatan dan antarabangsa selepas ini.

“Kami juga telah memilih ATM Guardians sebagai pasukan pilihan tajaan musim ini kerana kami percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertugas menjaga keamanan negara bertepatan dengan peranan dan fungsi kami sebagai pengeluar minyak pelincir yang menjaga enjin kenderaan anda,” ujarnya.

Dalam pada itu, Idemitsu akan memberi diskaun dan barangan eksklusif mereka kepada para peminat STL yang bertuah melalui kod promo yang akan di siarkan di laman sosial media STL nanti.

Artikel Berkaitan:

STL 2020 telah memulakan Divisyen Satu menyaksikan Bomba Fighters muncul juara Ahad lalu. Saingan Divisyen Premier akan bermula 18 September ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Piala Juara-Juara STL bakal diadakan di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru mulai 23 November depan.