X

Kindly register in order to view this article
!

Messi pintas Ronaldo pemain paling kaya 2020

Lionel Messi
A
A

BINTANG Barcelona, Lionel Messi menjadi jutawan kedua bola sepak apabila mendahului senarai pemain bola sepak paling kaya Forbes bagi tahun 2020.

Menurut Forbes, pemain berusia 33 tahun itu menjana pendapatan sebelum cukai sebanyak $ 1,000,000,000 sepanjang kariernya mengikuti jejak Cristiano Ronaldo.

Forbes turut memaklumkan pemain antarabangsa Argentina itu juga menerima gaji paling tinggi di dunia tahun ini apabila dilaporkan menjana 98 juta pound hasil daripada gaji dan penajaan yang diperolehinya tahun ini.

Selain ditaja Adidas dan Pepsi, pemenang enam kali anugerah Ballon d'Or itu juga baru sahaja melancarkan minuman edisi terhad keluaran sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS).

Penyerang Juventus, Ronaldo pula menduduki tempat kedua dalam senarai Forbes, apabila bintang Portugal itu dikatakan akan memperolehi 91 juta pound tahun ini.

Sementara itu, bintang Paris Saint Germain (PSG) dan Brazil, Neymar yang berkemungkinan dikenakan pengantungan tujuh perlawanan kerana menumbuk pemain pertahanan Marseille, Alvaro, pada aksi Ligue 1 berada di tempat ketiga.

Pemain sayap itu yang kini mendapat penajaan daripada Puma setelah menamatkan tajaan dengan Nike dikatakan akan memperolehi 75 juta pound, diekori rakan sepasukan Les Parisiens, Kylian Mbappe di tempat keempat dengan 33 juta pound.

Peledak Liverpool, Mohamed Salah (29 juta pound) berada di tangga kelima hasil penajaan padu Adidas dan Vodafone Mesir.

Di tangga keenam pula adalah tonggak Manchester United, Paul Pogba (26.4 juta pound), dengan rakan senegaranya dari Perancis, Antoine Griezmann ketujuh apabila bintang Barcelona itu menjana 25.6 juta pound.

Bintang Real Madrid yang disisihkan, Gareth Bale - yang menjadi sasaran pinjaman untuk Manchester United pula di tangga kelapan dengan 22.5 juta pound hasil pendapatannya di Santiago Bernabeu.

Dalam pada itu, penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski pula berada di tangga kesembilan dengan 21.7 juta pound, diikuti penjaga gol The Red Devils, David De Gea melengkapkan kedudukan ke-10 teratas apabila penjaga gol Sepanyol itu meraih sebanyak 21 juta pound tahun ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!