X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki tunggang motosikal guna kaki direman

Aksi lelaki berkenaan dirakamkan seorang pengguna jalan raya sehingga menjadi tular di laman sosial. Gambar kecil: Zulkefly Yahya
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya menggunakan kaki bagi mengawal handel kenderaan itu di Jalan Kuching di sini baru-baru ini direman hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek berumur 36 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini semalam.

Beliau berkata, suspek juga disahkan positif dadah jenis ganja.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ringkas kepada Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari lelaki tunggang motosikal guna kaki

Semalam, media melaporkan polis sedang menjejaki seorang lelaki yang aksinya menunggang motosikal secara berbahaya selain bungkusan air di tangannya itu menjadi tular di media sosial menerusi satu video berdurasi 41 saat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!