Singapura sokong laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor

Tambak johor Gambar kecil: Mohd Solihan Badri
Tambak johor Gambar kecil: Mohd Solihan Badri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Singapura menyokong cadangan Malaysia untuk membina laluan pejalan kaki berbumbung dan bertingkat merentasi Tambak Johor dengan kemudahan pendingin hawa serta tangga bergerak dengan kos pembinaan dianggarkan RM30 juta.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, konsulat Singapura di Johor memberikan respons yang baik dengan meminta kertas cadangan serta reka bentuk laluan pejalan kaki sepanjang 350 meter itu.

Menurutnya, kertas cadangan pembinaan laluan pejalan kaki tersebut dihantar kepada kerajaan Pusat pada awal tahun ini untuk diteliti dan diharapkan peruntukan bagi projek itu akan diluluskan.

"Projek laluan pejalan kaki ini akan memberi kemudahan kepada kira-kira 300,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja ke negara itu pada setiap hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN), Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Terdahulu, Solihan dalam sesi soalan lisan dikemukakan Chen Kah Eng (PH- Stulang) mengatakan mengenai status perkembangan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar ( BSI).

Solihan berkata, projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung di CIQ BSI itu adalah antara alternatif terbaik bagi mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pejalan kaki yang melintas serta dapat mengelakkan kemalangan melibatkan pejalan kaki.

Justeru katanya, kerajaan negeri mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan bagi memohon kelulusan peruntukan projek tersebut.

Artikel Berkaitan: