Penduduk Saujana Utama boleh tarik nafas lega

Khairuddin (enam dari kanan) bersama Izham (tujuh dari kanan) ketika meninjau lokasi laluan baharu di Saujana Utama, Sungai Buloh semalam.
Khairuddin (enam dari kanan) bersama Izham (tujuh dari kanan) ketika meninjau lokasi laluan baharu di Saujana Utama, Sungai Buloh semalam.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Lebih 200,000 pengguna jalan raya di Saujana Utama yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kini boleh menarik nafas lega apabila Persiaran Shorea di sini bakal dibuka pada 29 September ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, pembukaan Persiaran Shorea sejauh lima kilometer itu membantu mengurangkan kesesakan aliran trafik di Saujana Utama.

"Kita menerima pelbagai aduan berkaitan kesesakan yang berlaku tetapi pengguna jalan raya dapat menjimatkan masa kira-kira satu jam selepas pembukaan jalan ini," katanya ketika meninjau keadaan sekitar Persiaran Shorea, Saujana Utama di sini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira pandangan keselamatan daripada pihak pemaju, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Menurutnya, laluan tersebut lewat dibuka kepada orang awam kerana masalah lembu dan kerbau yang berkeliaran dan dikhuatiri memberi risiko kepada pengguna lalu lintas.

Artikel Berkaitan: