447 calon bertanding dalam PRN Sabah

PRN Sabah
PRN Sabah
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 447 calon mewakili pelbagai parti akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung pada 26 September ini.

Parti yang bertanding ialah Parti Cinta Sabah (PCS) seramai 73 calon, Parti Warisan Sabah (Warisan) 53 calon, Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) 47 calon, Parti Liberal Demokratik (LDP) 46 calon, Barisan Nasional (BN) 41 calon, Perikatan Nasional (PN) 29 calon, Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) 28 calon dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) 23 calon.

Selain itu, Parti Bersatu Sabah (PBS) 22 calon, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) 12 calon, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tujuh calon, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dua calon dan Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) dua calon.

Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERTUBUHAN) masing-masing satu calon manakala 56 calon dari Bebas dan terdapat seorang calon ditolak dari UPKO kerana tidak layak disebabkan muflis.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu diambil selepas tempoh pusat penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

"SPR menerima dan mengesahkan sebanyak 447 kertas penamaan yang layak bertanding dalam PRN Sabah," katanya.

Mengulas lanjut berhubung pertandingan mengikut penjuru, DUN Bengkoka menyaksikan 11 penjuru manakala DUN Inanam sebanyak 10 penjuru.

"Pertandingan tiga penjuru membabitkan tiga DUN, empat penjuru (5), lima penjuru (15), enam penjuru (26), tujuh penjuru (13), lapan penjuru (6) dan sembilan penjuru (3)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi untuk PRN Sabah adalah kira-kira 75 peratus dengan menyarankan pengundi keluar pada waktu digalakkan.