X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin pesan jaga Daniel baik-baik

Muhyiddin melambaikan tangan selepas hadir program ramah mesra bersama penduduk PPR Taman Sri Keramat Putatan hari ini. - Foto Bernama KOTA KINABALU, Sept 11 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin waving his hands after attending a meet and greet session with locals at PPR Taman Sri Keramat, Putatan today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED
A
A

PUTATAN - “Jaga Daniel baik-baik," itu pesan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ayah anak istimewa itu, Safri Leman ketika berkunjung ke kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat di sini hari ini.

Daniel Zafwan, 10, anak autisme, disahkan menghidap jantung berlubang pada usia dua tahun sebelum menjalani pembedahan di India pada 2012 dan terpaksa bergantung hidup menggunakan bateri yang perlu diganti setiap 10 tahun sekali.

Safri, bapa kepada empat cahaya mata, berkata, beliau terharu dan amat bertuah kerana pemimpin nombor satu negara itu sudi meluangkan masa kira-kira 15 minit di rumahnya.

"Beliau (Muhyiddin) juga bertanya khabar dan meninjau keadaan dalam rumah kami," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PPR Taman Sri Keramat, Suhaimi Maidin bersyukur Perdana Menteri sudi meluangkan masa bertemu penduduk di PPR tersebut yang mempunyai empat blok dan dihuni 2,800 orang.

Lawatan julung kali Muhyiddin ke kawasan itu amat bermakna kerana ia membuktikan keprihatinan Perdana Menteri terhadap penghuni PPR dan Suhaimi berharap agar status sewa mereka di perumahan itu ditukar kepada sewa beli. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!