Letupan besar di gudang senjata Jordan

Satu letupan berlaku di sebuah depot senjata tentera Jordan di Zarqa awal hari ini. - Foto Twitter
Satu letupan berlaku di sebuah depot senjata tentera Jordan di Zarqa awal hari ini. - Foto Twitter
A
A
A

AMMAN - Satu letupan besar menggegarkan depot senjata awal hari ini mencetuskan kebakaran besar tetapi tiada laporan awal mengenai kematian atau kecederaan di lokasi yang tidak berpenghuni.

Letupan berlaku di bandar Zarqa, 25 kilometer dari timur ibu kota Amman yang terletak beberapa buah pangkalan dan depot tentera Jordan.

"Kejadian berlaku dalam sebuah gudang mengandungi bom mortar milik anggota tentera yang tidak digunakan," kata jurucakap kerajaan, Amjad Al-Adaileh dalam satu kenyataan.

Imej yang disebarkan menerusi media sosial menunjukkan satu kepulan asap menjulang ke langit diikuti dengan bunyi letupan.

Amjad memberitahu, siasatan awal mendapati ia berpunca daripada litar pintas di dalam gudang senjata itu dan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menentukan punca letupan.

Bandar Zarqa sebelum ini menyaksikan beberapa letupan sejak beberapa tahun lalu yang kebanyakannya disebabkan oleh senjata lama disimpan di dalam gudang.- AFP

Artikel Berkaitan: