Lembah Klang dilanda banjir kilat

Kenderaan yang terperangkap di pusat bandar kesan hujan berterusan hari ini. Foto: JBPM KL
Kenderaan yang terperangkap di pusat bandar kesan hujan berterusan hari ini. Foto: JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan yang bermula sejak tengah hari tadi dan berterusan sehingga kini telah menyebabkan beberapa kawasan di pusat bandar serta sekitar Lembah Klang dinaiki air.

Limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu menjadi 'pulau' dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air.

Bomba membantu mengalihkan motosikal yang ditenggelami banjir di pusat bandar hari ini.Foto: JBPM KL
Bomba membantu mengalihkan motosikal yang ditenggelami banjir di pusat bandar hari ini.Foto: JBPM KL



Keadaan banjir kilat di Jalan Melaka hari ini.Foto: JBPM KL
Keadaan banjir kilat di Jalan Melaka hari ini.Foto: JBPM KL

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di kawasan lain antaranya Jalan Genting Klang apabila laluan utama itu dinaiki air dan terdapat kenderaan terperangkap susulan paras air dianggarkan 0.4 meter.

Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada orang awam mengenai keadaan di Balai Polis Gombak dan jalan di Danau Kota yang dilanda banjir.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan telah menerima sebanyak lima panggilan banjir kilat setakat jam 5.39 petang melibatkan Lebuh Ampang Kuala Lumpur, Jalan Raja Alang Kampung Baru dan Jalan Gurney Kiri Off Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh 5 serta Jalan San Ah Wing Kampung Semarak.

Paras sungai melepasi jambatan di Lorong Ayeh Leleh 5, Kuala Lumpur hari ini.Foto: JBPM KL
Paras sungai melepasi jambatan di Lorong Ayeh Leleh 5, Kuala Lumpur hari ini.Foto: JBPM KL

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, paras air di tiga lokasi itu setinggi satu hingga 1.5 meter.

"Anggota terlibat bertindak membuat pemantauan di lokasi banjir dan menjaga keselamatan awam.

"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa," menurut kenyataan itu.

Motosikal yang tenggelam di sekitar Masjid Jamek hari ini.Foto: JBPM KL
Motosikal yang tenggelam di sekitar Masjid Jamek hari ini.Foto: JBPM KL

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan berhubung kejadian banjir di Jalan Gombak Setia-Batu Caves.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah ke lokasi kejadian sebagai respons kepada panggilan diterima pada jam 4.57 petang dan mendapati air telah surut," katanya.

Katanya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian banjir kilat itu.