Mahathir nasihat Veveonah belajar bersungguh-sungguh

Paparan skrin Twitter Tun Dr Mahathir Mohamad.
Paparan skrin Twitter Tun Dr Mahathir Mohamad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati gadis Pitas, Sabah, Veveonah Mosibin supaya terus belajar bersungguh-sungguh.

"Jangan berhenti belajar dan menimba ilmu," ciap Dr Mahathir menerusi Twitternya hari ini.

Menurutnya, berusaha dan melakukan sesuatu dengan tekun akan menjadikan individu itu seorang yang berintegriti.

"Berbanggalah dengan hasil kerja anda," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah Menteri bincang isu Veveonah

Veveonah kecewa, sedih didakwa tidak ambil peperiksaan

UMS sahkan Veveonah ambil peperiksaan dalam talian

Sebelum ini, nama pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu menjadi sebutan ramai apabila videonya yang terpaksa memanjat pokok bagi menjawab peperiksaan dalam talian menjadi tular.

Artikel Berkaitan:

Namun pada perbahasan di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyatakan tindakan Veveonah, 18, tersebut memanjat pokok bukan untuk mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan, sebaliknya sekadar untuk mencipta kandungan saluran YouTube milik pelajar itu.

Zahidi kemudiannya memohon maaf kepada Veveonah selepas mendakwa mendapat maklumat salah.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri dalam status di laman Facebook miliknya pula mengatakan Veveonah telah menipu dan siasatan sedang dijalankan bagi memastikan pelajar itu benar-benar menduduki peperiksaan di atas pokok atau tidak.

Bagaimanapun Selasa lalu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah tidak menipu dan telah menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian pada Jun lalu.

Semalam, pada mesyuarat Kabinet, jemaah menteri mengesahkan kenyataan Zahidi dan Abdul Rahim adalah salah dan tidak wajar.