X

Kindly register in order to view this article
!

Veveonah kecewa, sedih didakwa tidak ambil peperiksaan

Hantaran Veveonah Mosibin di Facebook miliknya.
A
A

KUALA LUMPUR - Pelajar video tular ambil peperiksaan atas pokok, Veveonah Mosibin kecewa dan bersedih dengan dakwaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin terhadapnya hari ini.

Veveonah yang merupakan pelajar tahun asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, beliau sangat berusaha keras terhadap peperiksaan secara dalam talian diambil sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, beliau tidak menyangka isu berkaitan dengan rakaman video tularnya mencari capaian internet di atas pokok demi menduduki peperiksaan dalam talian di kampungnya di Pitas, Sabah sebelum ini kembali tular, tetapi atas sebab yang negatif.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan komen negatif dan tidak baik (terhadap saya) di media sosial. Ia menyakitkan.

"Saya memaafkan semua kesalahan dilakukan orang lain kepada saya, tetapi saya masih perlu membuat kenyataan sebenar berkaitan diri saya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang masih memihak dan menyokong saya. (Keluarga, rakan, pensyarah dan peminat saya)," katanya melalui satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar atas pokok untuk naikkan 'viewer' Youtube sendiri

Zahidi mohon maaf dakwa Veveonah tak ambil peperiksaan

Beliau berkata demikian bagi mengulas permohonan maaf dikemukakan Zahidi beberapa jam sebelum ini di laman Facebooknya.

Permohonan itu dikemukakan Zahidi susulan mendakwa Veveonah sebenarnya tidak pernah menduduki peperiksaan sewaktu melakukan rakaman video tular berkenaan, ketika sidang perbahasan Dewan Negara hari ini.

Ahli Parlimen Padang Besar itu turut mendakwa kisah diceritakan pelajar terbabit dalam YouTube adalah palsu dan sekadar untuk menaikkan nama sendiri dan viewer di saluran Youtube beliau.

Susulan kenyataan awal Zahidi itu, beliau menerima kecaman majoriti warganet termasuk beberapa ahli Parlimen pembangkang seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!