UMS sahkan Veveonah ambil peperiksaan dalam talian

Twitter Masidi Manjun.
Twitter Masidi Manjun.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan memang mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan itu berkata, beliau sendiri telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Asasi Sains UMS untuk mendapatkan gambaran sebenar perkara itu.

"Veveonah sememangnya mengambil peperiksaan akhir antara 9 hingga 12 Jun 2020.

“Veveonah merupakan pelajar contoh dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat Ijazah di UMS,” ciap Masidi menerusi akaun Twitter hari ini.

Anak gadis kelahiran Sabah itu menjadi perhatian apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa dalam sesi Dewan Rakyat bahawa rakaman video gadis itu memanjat pokok untuk mendapatkan signal internet bagi menjalani peperiksaan atas talian hanyalah gimik semata-mata.

Namun, Ahli Parlimen Padang Besar itu mengaku beliau tersilap, tetapi menegaskan maklumat itu diperoleh daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga wakil rakyat di kawasan Kudat.

Artikel Berkaitan: