Unit Berkuda, ATV di pantai Kelantan

Muslim (kanan) ketika hadir pada Majlis Persembahan Kebudayaan Malam Kebudayaan Anggota PTCM Kelantan di Dataran Kok Lanas.
A
A

KOTA BHARU - Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Kelantan merancang menempatkan Unit Berkuda dan ATV di kawasan pantai di negeri ini.

Ketua Turus Utama PTCM, Tan Sri Prof Dr (Munsyi) Muslim Yaakob berkata, Unit Berkuda itu bagi memantau keselamatan pengunjung yang beriadah di pantai.

Menurutnya, PTCM Terengganu sudah pun mempunyai Unit Berkuda dan ATV tersebut.

“Di Kelantan ia dalam perancangan, buat masa ini kita menunggu penyumbang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Persembahan Kebudayaan Malam Kebudayaan Anggota PTCM Kelantan di Dataran Kok Lanas, malam kelmarin.

Muslim berkata, pihaknya bercadang memperbesarkan lagi keanggotaan PTCM di Kelantan dalam bidang penyelamat di kawasan luar pantai dan pedalaman.

“Seperti di pulau-pulau, di dalam hutan memang terbatas untuk laluan manusia.

“Jadi dengan adanya anggota PTCM di kawasan ini, mereka boleh membantu mengesan jika ada kemalangan udara, orang hilang di hutan iaitu di kawasan terbatas laluan manusia,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia