Hotel jadi 'pejabat' sindiket skim Forex tidak wujud

Sebahagian 43 suspek majoritinya warga China ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan Macau Scam selepas polis menyerbu sebuah hotel di Kluang, Johor hari ini.
Sebahagian 43 suspek majoritinya warga China ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan Macau Scam selepas polis menyerbu sebuah hotel di Kluang, Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket Macau Scam selepas menangkap 43 suspek warganegara China termasuk dua wanita tempatan dalam serbuan di sebuah hotel di Kluang hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan dilakukan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Johor pada jam 10 pagi.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 39 lelaki dan dua wanita warga China manakala dua lagi wanita tempatan yang semuanya berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Ayob Khan (dua dari kiri) melihat kandungan komputer riba yang digunakan untuk memperdaya warga China menerusi kegiatan sindiket Macau Scam selepas serbuan di sebuah hotel di Kluang, Johor hari ini.
Ayob Khan (dua dari kiri) melihat kandungan komputer riba yang digunakan untuk memperdaya warga China menerusi kegiatan sindiket Macau Scam selepas serbuan di sebuah hotel di Kluang, Johor hari ini.

"Mereka terlibat dalam sindiket Macau Scam yang menjalankan skim pelaburan Forex yang tidak wujud di Kluang. Berdasarkan maklumat, sindiket ini telah beroperasi selama hampir dua bulan di Kluang.

"Sebelum ini mereka beroperasi di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Masa sindiket ini beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang waktu tempatan. Sindiket ini menyasarkan warganegara China di China," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, peralatan seperti 35 komputer riba pelbagai jenis dan 593 unit telefon bimbit pelbagai jenis turut dirampas dalam serbuan itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan terus mengesan dalang-dalang serta saki-baki sindiket yang masih bebas dan beroperasi," katanya.

Antara pelbagai komputer riba dan telefon bimbit yang dirampas daripada sindiket Macau Scam dalam satu serbuan di sebuah hotel di Kluang, Johor hari ini.
Antara pelbagai komputer riba dan telefon bimbit yang dirampas daripada sindiket Macau Scam dalam satu serbuan di sebuah hotel di Kluang, Johor hari ini.

Ayob Khan berkata, polis Johor akan sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan itu.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bersekongkol dengan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti jenayah seperti ini.

"Jika mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini, hubungi bilik gerakan kontinjen Johor menerusi talian 07-2254074," katanya.