Lelaki 'beku' cipta kejayaan tersendiri

Josef Koeberl berjaya mencipta kejayaan dengan berendam dalam ketulan ais selama 30 minit dan 57 saat. - Foto Reuters
Josef Koeberl berjaya mencipta kejayaan dengan berendam dalam ketulan ais selama 30 minit dan 57 saat. - Foto Reuters
A
A
A

MELK - Seorang lelaki Austria mengagumkan orang ramai apabila mampu bertahan dengan berdiri dalam sebuah kotak yang penuh diisi dengan ketulan ais untuk satu tempoh yang melayakkannya mendapat pengiktirafan.

Josef Koeberl, 42, berjaya menahan diri dalam suhu sejuk itu selama dua jam, 30 minit dan 57 saat, lapor Reuters.

Hanya memakai seluar renang, Koeberl diselubungi ketulan ais hingga ke paras bahunya dalam sebuah kotak lutsinar.

Sepanjang tempoh itu, kedua-dua belah tangannya dirapatkan ke dadanya.

Lelaki itu berjaya memecahkan rekodnya sendiri yang dilakukan pada tahun lalu iaitu berada dalam situasi yang sama selama dua jam, lapan minit dan 47 saat.

Menurut Koeberl, perasaannya sungguh hebat setelah berpeluang dan berjaya melakukan perkara sedemikian.

"Perasaan ini sangat hebat, di bawah sinaran matahari ini, kehangatannya begitu menyenangkan," katanya ketika keluar dari kotak berkenaan.

Kehebatan Koeberl juga disaksikan oleh orang ramai yang turut memberi sokongan kepadanya di lokasi pertunjukan di Melk.

Artikel Berkaitan: