X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Pencemaran Sungai Gong: Dua pekerja kilang direman 6 hari

Dua pekerja kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang direman enam hari bermula hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pekerja sebuah kilang ditahan reman enam hari mulai hari ini berhubung kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan ke atas kedua-dua suspek lelaki berusia 20 dan 57 tahun oleh Majistret, Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.

Terdahulu, kedua-dua lelaki itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada 9.15 pagi ini selepas ditahan semalam di sebuah premis di Jalan Batu Arang, Rawang.

Mereka ditahan reman bagi siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 5 September lepas, empat pengurus kilang direman enam hari sehingga Khamis ini berhubung kejadian sama mengikut seksyen serupa.

Kesemua suspek lelaki berumur dalam lingkungan 50 hingga 60 merupakan adik beradik yang menguruskan kilang itu selepas kematian bapa mereka.

Ekoran pencemaran minyak daripada kilang itu pada Khamis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beradik cemar Sungai Gong direman

Polis siasat empat beradik disyaki cemar Sungai Gong


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!