SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya mengaudit sumbangan yang dikutip bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta.
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, langkah itu penting untuk memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil pengubahan wang haram.
“UMNO mendakwa berjaya mengumpul RM50 juta bagi membawa pulang individu paling korup di Malaysia, Najib Razak supaya dapat menjalani tahanan di rumah.
“Terserlah dengan begitu jelas sikap sebenar UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta Najib
Denda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamah
Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam
Dana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib
[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib
Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib
Kronologi keputusan tahanan rumah Najib
Anwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi
Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan pihaknya sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi, sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.
Menurut beliau, jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu untuk membantu bekas Presiden UMNO itu sudah pun mencapai sasaran dan mencukupi.
Jelasnya lagi, UMNO secara rasmi turut menutup akaun khas tabung khas berkenaan yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam bagi tujuan berkenaan.