Sumbang mahram: Bapa dipenjara 12 tahun, disebat 5 kali
Iklan
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan anak kandung perempuannya sehingga melahirkan anak, enam tahun lepas - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan anak kandung perempuannya sehingga melahirkan anak, enam tahun lepas.
Hakim Mohd Kafli Che Ali memerintahkan tempoh hukuman lelaki berusia 52 tahun itu bermula hari ini selain perlu menjalani kaunseling serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.
Iklan
Iklan
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap mangsa berusia 13 tahun 10 bulan semasa kejadian, di sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Cheras pada 12.30 tengah malam November 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Iklan
Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias memohon hukuman berat mengambil kira mangsa, anak kandung tertuduh mengandung dan melahirkan anak yang kini berusia lima tahun.
"Mangsa telah mencari tertuduh atas dasar kerinduan terhadap bapanya selepas tertuduh bercerai dengan ibunya namun tertuduh telah mengkhianati kepercayaan itu dan melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa.
Iklan
"Tertuduh mengambil kesempatan atas kenaifan mangsa untuk memuaskan nafsu serakah, sedangkan dia sepatutnya menjadi pelindung kepada anak kandungnya,” katanya.
Lelaki itu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan menghidap penyakit darah tinggi dan asma yang memerlukan rawatan susulan.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, seorang juruteknik berusia 35 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya, September lepas.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 11 tahun 11 bulan semasa kejadian, bagi tujuan seksual di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini pada 29 September hingga 20 Oktober 2026.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Muhammad Ilmami Ahmad membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis setiap bulan hingga kes selesai, dan menetapkan 18 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof manakala lelaki itu diwakili peguam Nicholas Cheoh daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). - Bernama
Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.