KUALA LUMPUR - Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu bimbang mengenai status pelunasan zakat kerana kewajipan itu telah dilaksanakan dengan sempurna dan berlandaskan hukum syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menjelaskan, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH telah memutuskan bahawa pembayaran zakat bagi pihak pendeposit sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah serta selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
"JPS TH dalam mesyuarat pada 2 September 2020 berpandangan bahawa status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun-tahun sebelum konsep wakalah adalah sah dan mematuhi hukum syarak,” katanya ketika memberi penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, pada Selasa.
Menurut Zulkifli, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 turut menetapkan bahawa TH ialah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya, namun berkewajipan membayar zakat bagi pihak pendeposit.
Malah ujarnya, TH juga telah menunaikan kewajipan tersebut secara konsisten selaras dengan ketetapan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji
Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha
Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan
'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar
PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir
RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin
'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' – Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI TH
RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta
Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli
[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri Agama
Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli
Berhubung pembayaran zakat bagi tahun-tahun semasa kontrak Wadiah Yad Damanah digunakan dari tempoh 2016 hingga 2019, beliau menegaskan, zakat yang dikeluarkan adalah zakat perniagaan (secara khultah) bagi pihak pendeposit ke atas kumpulan wang pendeposit diniagakan.
Sementara itu mengenai syor RCI berkaitan perubahan dasar dari aspek pengurusan haji terutamanya kelayakan haji dan tempoh menunggu giliran, Zulkifli berkata, TH kini berada pada peringkat akhir memperhalusi penambahbaikan polisi pengurusan haji sebelum ia diumumkan dalam masa terdekat.
"Penambahbaikan akan melibatkan pelan menunaikan haji yang lebih jelas, terancang dan sistematik sejajar dengan konsep istito'ah atau kemampuan dan penekanan kepada kesiapsiagaan awal," ujarnya.